KURIKULUM
MATLAMAT SEKOLAH
Matlamat Sekolah yang
digariskan berdasarkan misi tersebut adalah untuk
·
Memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua
pelajar
·
Melahirkan warga sekolah yang cerdas akademik, cemerlang
sahsiah, cergas sukan dan kokurikulum
·
Menjana modal insan untuk keperluan dan kemajuan negara
·
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
bertatasusila selari dengan Prinsip Rukun Negara.
PERKARA
|
PERNYATAAN DASAR
|
1 . KURIKULUM
|
1.1 Menyediakan program
pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan .
1.2 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang
masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan
kebangsaan.
1.3 Kurikulum yang
dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
1.4 Semua guru mestilah mendapat
maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa
1.5 Pada setiap masa ,
program akademik mestilah diutamakan . Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program
lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik .
|
2 . JAWATANKUASA
KURIKULUM
SEKOLAH
|
2.1 Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi
membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah .
2.2 Pengurusan mesyuarat
mestilah mematuhi prosedur Sistem Pengurusan Kualiti SPK MS ISO 9001 : 2000
2.3 Setiausaha Jawatankuasa
dilantik daripada kalangan Guru Kanan Matapelajaran.
2.4 Agenda yang dibincangkan
dalam mesyuarat adalah berdasarkan
agenda yang dicadangkan seperti yang digariskan.
2.5 Semua perkara yang telah
dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat
panitia dan maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada
setiausaha Jawatankuasa .
2.6 Jawatankuasa mestilah
sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan
kurikulum di dalam semua mata-matapelajaran dan Guru Kanan Matapelajaran
beserta ketua-Ketua panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .
|
3.PENGURUSAN PANITIA
MATAPELAJARAN
|
3.1
Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah
mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 .
3.2
Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga
mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti SPK ISO MS 9001/2000 .
3.3
Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran,
prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan
kekesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu panitia mata-mata
pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling
bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran
untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.
3.4
Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah
sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi mata-mata
pelajaran dalam panitia-panitia
3.5
Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan
dan mengamalkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong
serta menggerakkan kecenderongan para pelajar terhadap pembelajaran. Kaedah
I-Think hendaklah digunakan bagi meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi[KBAT] setiap murid.
3.6
Pengurusan panitia secara on line atau web
based[guna Frog VLE] mestilah menjadi keutamaan dan oleh itu laman web
panitia mestilah sentiasa dikemaskini supaya guru dan murid boleh sentiasa merujuk.
3.7
Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam
tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat penitia ini
mestilah dihadiri oleh pentadbir . Satu salinan minit mesyuarat panitia
hendaklah disampaikan kepada pengetua melalui SU Kurikulum
3.8
Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara
fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan
rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua-ketua panitia.
|
4
SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN
PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
|
4.1 SP , HSP RPT dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum
dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pengajaran dan
pembelajaran
4.2 Guru mestilah dapat
menghayati , mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif matapelajaran
yang tercatat di dalam SP dan HSP kepada objektif pentaksiran dan juga proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang
konstruk-konstruk peperiksaan awam dan PBS bagi mata-matapelajaran yang
diajar.
4.3 Salinan ketiga-tiga
dokumen ini yang telah disahkan oleh pengetua mestilah dilampirkan bersama di
dalam Buku Rekod Mengajar .
4.4 Penulisan Rancangan
Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah mengikut format
yang telah ditetapkan bagi mata- matapelajaran ( rujuk lampiran kurikulum 1 )
4.5 Semua guru mestilah
menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH di dalam Buku Rekod Mengajar sebelum masuk
kelas . Oleh itu Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk kelas
setiap kali ada kelas .
4.6 Penggabungan isi
kandungan sebilangan mata pelajaran Tingkatan 4 & 5 digalakkan bagi
membolehkan sukatan dilengkapkan
segera dan isikandungan boleh disusun semula oleh guru berkaitan.
4.7 Melengkapkan sukatan
pelajaran adalah seperti berikut
Tingkatan
Tiga -
sukatan dilengkapkan pada Bulan Jun
Tingkatan
Lima - sukatan dilengkapkan pada Bulan
Julai
Tingkatan Satu, Dua dan Empat – sukatan dilengkapkan
pada Bulan September
|
5.
PAKEJ
MATAPELAJARAN
|
5.1 Seorang pelajar akan
mengambil empat matapelajaran iaitu BM, BI, Sains dan Matematik akan ditaksir
melalui dua kaedah iaitu PBMR dan PBSMR dan semua matapelajaran yang lain
adalah matapelajaran PBSMR.
5.2 Bagi matapelajaran SPM , akan
ditawarkan dengan pakej Sains Tulen ( Biologi, Fizik, Kimia dan Mat. Tambahan
), pakej Sains Teknologi ( Fizik ,
Kimia, Mat. Tambahan, Prinsip Akaun dan Teknologi Kejuruteraan ) , pakej Kemanusiaan ( Sains ,PSV , Perdagangan,
ERT dan Tasawur ) . Pakej yang ditawarkan ini mengambilkira Dasar 60 :40 .
Matapelajaran MPV ialah Hiasan Dalaman.
Rujuk Lampiran
Kurikulum 1.
|
6 . PROSES
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
|
6.1 Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik mesti dilaksanakan mengikut keputusan
mesyuarat Bidang Sains dan Matematik berdasarkan kepada kemampuan guru dan
kesediaan murid.Dasar MBMMBI
6.2 Menyediakan kemudahan
pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT)
6.3 Menekankan kemahiran
mengaplkasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam ICT . Oleh
itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah .
6.4 Pembelajaran berasaskan
e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan
pembelajaran berasaskan laman web digalakkan dan akan diperluaskan.
6.5 Memperluaskan program
peningkatan penguasaan Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris.
6.6 Memastikan penguasaan
’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh pelajar dengan
menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak membebankan dan
membosankan pelajar untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya .
6.7 Meningkatkan penguasaan
dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran berfikir kritis dan kreatif
semasa proses pengajaran dan pembelajaran
( Slogan Q - Quality Teaching Quality Learning )
6.8 Menggunakan pelbagai
pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan
murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan
awam . Ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran
yang berkualiti .
6.9 Penggunaan kumpulan
pembelajaran koperatif, ’cooperative learning structures’ dan ‘workshops’
mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama
antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk
belajar dapat dipindahkan kepada pelajar.
6.10 ’Selected Study Skills’
perlu dikenalpasti dan pelajar digalakkan untuk menggunakannya bagi
memudahkan proses pembelajaran contohnya I-Think.
6.11 Penggunaan GSP digalakkan
dan diwajibkan untuk tajuk-tajuk terpilih di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik dan matematik tambahan bagi memudahkan pembelajaran
matematik di kalangan pelajar
6.12 Keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru matapelajaran , pelajar
dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan
pelajar di dalam kelas .
6.13 Proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan ’content skill , language
skill, ICT skill & pedagogi skill’ . Oleh itu setiap orang guru mestilah
berusaha meningkatkan ketarmpilan diri dengan meningkatkan
kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan
6.14 Guru matapelajaran , ketua
panitia dan Guru Kanan Matapelajaran mestilah sentiasa memantau prestasi
pencapaian mata pelajaran setiap orang pelajar seperti yang telah
ditetapkan oleh sekolah dan berusaha
membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu
pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’ mestilah menjadi amalan dan
kelaziman bagi setiap orang guru .
6.15 Pengajaran dan
pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan pembelajaran di luar
bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan ,
6.16 Proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar
cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya
cintakan ilmu .
6.17 Guru juga mestilah
mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan
mencapah ataupun HOTS – Higher
Order Thinking Skills Questions .
6.18 Ketua-Ketua Panitia
mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya selaras dengan
Dasar 3K dan penggunaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran dioptimumkan
.
|
7 . BUKU TEKS, BUKU
KERJA , BUKU REKOD AMALI
BUKU LATIHAN
|
7.1 Buku teks mestilah
sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan konsep-konsep dalam
matapelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah
ditegaskan kepada pelajar dengan menggunakan aplikasi ICT melalui programFrog
VLE
7.2 Buku Kerja dibenarkan
penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil
10 /1991 bertarikh 02 Oktober 1991.
7.3 Buku Rekod Amali mestilah
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains selaras dengan SPI Bil
7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang
bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data,
maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian atau
eksperimen . Halaman yang kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah ,
graf dan sebagainya . Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran
saintifik dan kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan .
7.4 Guru mestilah memberikan
latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai kerja
rumah untuk tujuan pengukuhan P&P
dalam bilik darjah . Guru
matapelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan disemak oleh guru
matapelajaran mengikut skedul yang telah ditetapkan .
7.5 Pelajar yang gagal
membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia mestilah
menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku. Pelajar yang melaksanakan tugasan
dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah
dibincangkan di panitia .
|
8. LATIHAN MINIMUM
|
.
8.1 Latihan pelajar adalah
penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam
topik-topik yang diajar . Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah
dilaksanakan oleh semua pelajar dan disemak oleh semua guru matapelajaran.
8.2 Jumlah latihan minimum
mata pelajaran mengikut bidang telah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat
panitia dan disediakan oleh panitia berdasarkan
keperluan di dalam sukatan.
8.3 Latihan minimum ini
mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada nisbah 5 : 3
: 2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan .
|
9. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
|
9.1 Semua urusan peperiksaan
yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
9.2 Pihak sekolah
bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang ditetapkan
di bawah Akta Pendidikan 1996
9.3 Sistem Peperiksaan
Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta
penekanan kepada penilaian formatif
9-4 Pentaksiran sekolah
ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme
yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil 02/2008 - pindaan ( rujuk
lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian
seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tingkatan, format
peperiksaan, jadual pengawasan , rekod markah , syarat lulus , jadual
spesifikasi ujian, ’content skill’ dan post mortem peperiksaan .
9.5 Jawatankuasa ’Headcount
Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang berkaitan
dengan peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi
peperiksaan awam.
|
10.
JADUAL WAKTU MENGAJAR , JADUAL WAKTU GANTI
JADUAL WAKTU BLOK
|
10.1 Jumlah waktu mengajar setiap
mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996 .
10.2 Tambahan waktu setiap mata
pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat
kurikulum
10.3 Pengagihan mata pelajaran,
keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru ( pemeriksa kertas
peperiksaan awam )
10.4 Agihan kelas cemerlang,
sederhana dan lemah adalah secara adil
10.5 Kesinambungan tugas mengajar
adalah Tingkatan 1 ke Tingkatan 2, Tingkatan 4 ke Tingkatan 5 .
10.6 Jumlah waktu pengajaran
maksima guru ialah 26 waktu seminggukecuali Pend Islam .
10.7 Matapelajaran ICTL
Tingkatan 1 & 2 akan dijalankan pada sebelah pagi .
10.8 Waktu sebelum rehat hari
Jumaat untuk kumpulan pentadbir akan diblok bagi tujuan mesyuarat pengurusan..
10.9 Jadual waktu mengajar yang
tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun
menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti
. Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan
digunakan oleh pelajar semasa Jadual
Waktu Ganti tersebut . Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan disemak dan pencapaian dimaklumkan kepada pelajar
untuk tindakan susulan kedua-dua pihak .
10.10 Jadual waktu mengajar, Jadual waktu ganti dan
Jadual Waktu Blok akan diurus dan disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah .
10.11 Jadual Waktu penggunaan
Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru pengawas bilik-bilik khas
tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap dan satu salinan mestilah
disampaikan kepada pentadbir sekolah . Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk
proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal, Bengkel KH ,
surau, Bilik Pendidikan Islam, Dewan Kuliah , Bilik PSV , Bilik APD , Makmal ICT , Bilik Multimedia
dan Pusat Akses .
10.12 Pusat Sumber Sekolah
merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar di dalam
meningkatkan ketrampilan mereka. Oleh itu matlamat perancangan strategik
pusat sumber mestilah mempunyai tujuhala ke arah itu dan semua guru kanan dan
ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu
memainkan peranan mereka masing-masing.
|
11. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
|
11.1 Semua program utama yang
berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dibuat berdasarkan
keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah menyokong penuh semua
program peningkatan akademik ini yang berfokus ke arah kecemerlangan dan
ketrampilan pelajar .
11.2 Jawatankuasa Kecemerlangan
Akademik menjadi nadi yang membantu semua panitia dalam merancang dan
melaksanakan program akademik .
11.3 Skop program kecemerlangan
akademik ini mestilah membantu murid mengingat dan menguasai fakta dan
maklumat asas dalam topik-topik di dalam mata pelajaran , menajamkan
kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh
dikuasai , meningkatkan kemahiran berkomunikasi terutamanya melalui penulisan
, meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan , meningkatkan
motivasi dan minat untuk terus belajar .
11.4 Program kecemerlangan
akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama
meningkatkan ketrampilan murid dan dilaksanakan di dalam kelas sepanjang
tahun dengan bimbingan guru. Manakala program jangka pendek adalah
program-program yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi
menyediakan murid untuk peperiksaan awam
yang lebih berfokus kepada latihtubi , pendedahan teknik dan ’practice make perfect ’ juga ’practice
make permanent ’.
11.5 Penglibatan HEM dan guru
kaunseling adalah wajib bagi
penyelarasan program kecemerlangan
akademik .
11.6 Jawatankuasa atau pengurus
program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan dan membuat
pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa .
|
12 . PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN
|
12.1 Proses pengajaran dan
pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah akan diselia dan dipantau sebanyak dua kali setiap orang
guru dan setiap kelas dalam setahun .
12.2 Jawatankuasan Penyeliaan
dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual dan mengatur barisan pentadbir, ketua-ketua panitia dan
rakan sejawat untuk menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan
keberkesanan program-program sekolah .
12.3 Penyeliaan proses
pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk
Meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan . Oleh itu
adalah penting guru tidak membuat ’judgement statement ’ tetapi mestilah
membuat ’ statement berdasarkan observation ’ supaya penambaikan boleh
berlaku .
12.4 Pengurusan panitia dan program-program panitia juga akan
dipantau dan diselia dua kali setahun oleh guru-guru kanan dan penolong -
penolong kanan .
12.5 Buku latihan dan penggunaan buku kerja
juga dipantau dua kali setahun bagi memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi
dan penggunaan buku kerja dioptimumkan
12.6 Mekanisma dan proses kerja penyeliaan
buku kerja , buku latihan dan hasil kerja
pelajar ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan
mestilah diurus dengan baik
12.6 Jawatankuasa Penyeliaan dan
pemantauan mestilah membuat pelaporan
lengkap pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah
dipertanggungjawabkan oleh pengetua untuk dimaklumkan di dalam Mesyuarat
kurikulum Sekolah setrusnya diperbincangkan di dalam mesyuarat panitia bagi tujuan
penambahbaikan .
|
13
. PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF
|
13.1 Setiap
kakitangan samada guru ataupun staf sokongan mestilah
sentiasa memajukan dan meningkatkan profesionalisme masing-
masing bagi memupuk budaya kerja cemerlang .
13.2 Pihak
pengurusan sekolah telah menyediakan platform - platform untuk warga sekolah
meningkatkan profesionalisme ini melalui Hari Profesionalisme, Perbincangan
Profesional, ‘Buddy Support System , ‘Contact Hours’ dan Lawatan Penandaras sebagai nilai tambah .
13.3 Semua
guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM
perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada Pengetua untuk
tindakan seterusnya . Jika perlu guru yang pergi berkursus ini hendaklah
mengendalikan kursus dalaman ataupun sekurang-kurang memberikan taklimat
berkaitan kursus yang dihadiri .
13.4 Skop
pengisian perkembangan staf ini mestilah berdasarkan keperluan-keperluan
professional guru dan juga keperluan sebagai seorang penjawat awam . Oleh
sebab itu keutamaan akan diberikan kepada kursus yang berkaitan pedagogi dan
ICT .
13.5 Guru-guru yang dikehendaki mengajar matapelajaran
yang bukan opsyennya adalah menjadi tanggungjawab Guru Kanan dan Ketua
Panitia untuk melatih guru tersebut bagi mengajar matapelajaran yang bukan
opsyennya . Satu rekod latihan dan pemantauan perkembangan kemahiran mengajar
mestilah diurus dengan baik oleh ketua
panitia matapelajaran tersebut .
13.6 Semua
program perkembangan staf yang dilaksanakan samada peringkat panitia atau
peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan
pelaporan mestilah lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat , masa,
sasaran , tajuk dan pengisian, profil penceramah dan kajian impak kursus
berserta dengan gambar .
|
Puan Saadiah Saaad
Pengetua
SMK Dato` Sheikh Ahmad
Tahun 2015
No comments:
Post a Comment